Assalamualaikum .
Actually, untuk kali ni, dah second time clinical as Occupational Therapist. Hospital ? Biarlah dirahsiakan. ecehh.
Sebenarnya, tengah-tengah khusyuk type dr mula sampai la ni, mesti ada yang tertanya apa tu occupational therapist kan ? HAHA.
Oklah, Occupational Therapy.
Apa tu? urut urut bagi therapy ke ?
Basicallay, aku faham, bidang ni tak ramai yang tahu. Semua orang awam akan panggil, doktor. Sebabnya, bila dekat hospital OT ni akan pakai coat ptih sama seperti doktor. But, we are not doctors, we are OTs.
**Aktiviti harian merupakan salah satu Area of occupation. Untuk lebih lanjut tentang OT ni, akan dibuka pada net entry.
**************************
Walaupun ni adalah second time practical which is in Ortho-surgical, tapi perasaan nervous + scary masih membuak-buak. Sometimes, paranoid ( fikir bukan-bukan ) thinking comes. Yelah, bekerja dengan therapist yang dah berpengalaman lebih daripda 3 tahun. Sedangkan, aku masih lagi freshy yang berumur 20 tahun and sometimes, otak ni fikir keseronokkan je. Itu memang tidak dapat dielakkan. Sebab, lumrah kehidupan.
First day practical, aku rasa satu tekanan. Tekanan yang terpikul dekat bahu. Sbb, aku dah mula nampak yang aku bakal bekerja dalam mengendalikan orang. Orang yang sakit. Silap rawatan, aku akan memudaratkan lagi orang yang sakit tu. First time, aku nak punch card, aku fikir, pesakit apa yang aku dapat hari ni ? Sedangkan, ni baru first day.
First day aku sangat lah penat. Bukan nak merungut, tapi, manusia pun ada rasa juga bukan ? Penatnya bukan sebab apa pun, sebab wad sangatlah jauh. Which is aku kena gerak dari Wad A ke wad B dengan berjalan kaki, and perjalanan sejauh 5 mins. Panas dan peluh, memang rasa tak selesa. Jauh beza dengan mereka yang bekerja di office.
Ada masa, rasa macam give up. Tapi, ada banyak benda yang aku belajar dalam masa satu hari on my first day practical.
Aku berjalan jauh dari wad ke wad. Sampai ke pesakit, aku tengok, dia amputee( kehilangan anggota ).
AKA ( Above Knee Amputation ). Aku terfikir sendiri, pesakit yang amputee pun masih lagi bersemangat untuk bekerja bila discharge nanti, Kenapa aku yang lengkap semua anggota badan nak merungut penat ?
Since daripada tu, aku rasa, pesakit satu daripada motivation aku untuk terus belajar. Belajar agar rawatan yang aku berikan sesuai dengan mereka. Belajar agar mereka dapat kehidupan seperti orang yang normal. Belajar agar aku snetiasa bersyukur dengan apa yang ada. Belajar agar sentiasa bersabar dengan apa jua keadaan dan situasi.
So, hari pertama aku bukan lah aku nk cerita pasal bidang ni. Tapi, aku nak cerita value, nilai yang aku dapat daripada pesakit. Sebab, expectation aku, aku tak pernah terfikir untuk belajar daripada mereka. Tapi, hari pertama aku dalam bidang ortho-surgical memang mereka yang banyak mengajar aku.
Sedar yang aku hanya 20-an tentang kehidupan. Yang lazimnya, ramai remaja 20-an sedang bersuka ria. Hangout with friends. Tapi, aku rasa, aku akan habiskan masa untuk buat kerja amal pada hari minggu. Oh yea. next post juga aku akan story tentang kerja amal di hospital. Awesome bebeh.
Value of life :
1. Jangan selalu merungut tentang kesusahan yang kita alami, sebab ramai lagi yang lebih susah.
Aminn.
InshaAllah, next entry akan banyak lagi cerita tentang my ortho-surgical clinical.
Waalaikumsalam XOXO.