Clinical Posting in Orthopedic-Surgical as Occupational Therapist


Bismilahhirahmanirahim,
Assalamualaikum .

Dah dekat setahun juga rasanya tak update blog. Mula mula sibuk dengan kuliah. Kemudian, program yang beratur untuk disiapkan, assignments yang bertimbun timbun, cuti khas pula spend untuk family. eceh. Sebenarnya, masa as a uni student memang sangat pack. Time tuhla semua lecturer nk buat kuiz. Time tuh la semua lecturer nak bagi assignments and hantar pada tarikh yang sama. Betul, based on my observation when my lecturers ask " Sir *** untuk subjeck medical neuro assessments dah bagi assignments tak ?" so, kami ramai-ramai budak yang bebaik ni pun jawab "DAHH". And, zupppppp, comferm akan dapat new assignments juga. Ingat, bila jujur dapatlah pengurangan assignments. haha. Itu tidak akan berlaku. ok. Enough.

Alhamdulilah, sekarang ni nak masuk ke alam "Pelajar Tahun Akhir". Sekejap je masa berlalu. Masih terbayang bayang mingu orientasi yang entah apa-apa pada zaman dulu dulu kalanya. Masa orientasi, serius rasa tak sabar nk habiskan belajar. Tapi, bila dah nak final year ni, rasa macam satu tekanan. Macam-macam yang akan difikirkan. lagi-lagi bila dah start posting clinical.

Actually, untuk kali ni, dah second time clinical as Occupational Therapist. Hospital ? Biarlah dirahsiakan. ecehh.

Sebenarnya, tengah-tengah khusyuk type dr mula sampai la ni, mesti ada yang tertanya apa tu occupational therapist kan ? HAHA.
Punyalah khusyuk nk bercerita, sampai lupa nk terangkan sedikit skop bidang yang aku ambil.

Oklah, Occupational Therapy.
Apa tu? urut urut bagi therapy ke ?

Basicallay, aku faham, bidang ni tak ramai yang tahu. Semua orang awam akan panggil, doktor. Sebabnya, bila dekat hospital OT ni akan pakai coat ptih sama seperti doktor. But, we are not doctors, we are OTs. 

Secara ringkas, 
Doktor akan beri diagnosis ( tentukan penyakit ) pesakit. Sekiranya pesakit mengalami kekurangan upaya dalam melaksanakan aktiviti harian, so, Ot akan terima refferal ( rujukan ) daripada doktor untuk melakukan treatment ( rawatan ).

**Aktiviti harian merupakan salah satu Area of occupation. Untuk lebih lanjut tentang OT ni, akan dibuka pada net entry.


**************************
Back to topic, ortho-surgical clinical.

Walaupun ni adalah second time practical which is in Ortho-surgical, tapi perasaan nervous + scary masih membuak-buak. Sometimes, paranoid ( fikir bukan-bukan ) thinking comes. Yelah, bekerja dengan therapist yang dah berpengalaman lebih daripda 3 tahun. Sedangkan, aku masih lagi freshy yang berumur 20 tahun and sometimes, otak ni fikir keseronokkan je. Itu memang tidak dapat dielakkan. Sebab, lumrah kehidupan. 

Masa first time praktikal peadiatrics ( kanak kanak ) memang best, sbb hari-hari bermain. tapi sangat penat. Sbb ? Ni akan diceritakan pada next entry . :*

First day practical, aku rasa satu tekanan. Tekanan yang terpikul dekat bahu. Sbb, aku dah mula nampak yang aku bakal bekerja dalam mengendalikan orang. Orang yang sakit. Silap rawatan, aku akan memudaratkan lagi orang yang sakit tu. First time, aku nak punch card, aku fikir, pesakit apa yang aku dapat hari ni ? Sedangkan, ni baru first day. 

First day aku sangat lah penat. Bukan nak merungut, tapi, manusia pun ada rasa juga bukan ? Penatnya bukan sebab apa pun, sebab wad sangatlah jauh. Which is aku kena gerak dari Wad A ke wad B dengan berjalan kaki, and perjalanan sejauh 5 mins. Panas dan peluh, memang rasa tak selesa. Jauh beza dengan mereka yang bekerja di office.

Ada masa, rasa macam give up. Tapi, ada banyak benda yang aku belajar dalam masa satu hari on my first day practical.

Aku berjalan jauh dari wad ke wad. Sampai ke pesakit, aku tengok, dia amputee( kehilangan anggota ).
AKA ( Above Knee Amputation ). Aku terfikir sendiri, pesakit yang amputee pun masih lagi bersemangat untuk bekerja bila discharge nanti, Kenapa aku yang lengkap semua anggota badan nak merungut penat ?

Since daripada tu, aku rasa, pesakit satu daripada motivation aku untuk terus belajar. Belajar agar rawatan yang aku berikan sesuai dengan mereka. Belajar agar mereka dapat kehidupan seperti orang yang normal. Belajar agar aku snetiasa bersyukur dengan apa yang ada. Belajar agar sentiasa bersabar dengan apa jua keadaan dan situasi.

So, hari pertama aku bukan lah aku nk cerita pasal bidang ni. Tapi, aku nak cerita value, nilai yang aku dapat daripada pesakit. Sebab, expectation aku, aku tak pernah terfikir untuk belajar daripada mereka. Tapi, hari pertama aku dalam bidang ortho-surgical memang mereka yang banyak mengajar aku.
Sedar yang aku hanya 20-an tentang kehidupan. Yang lazimnya, ramai remaja 20-an sedang bersuka ria. Hangout with friends. Tapi, aku rasa, aku akan habiskan masa untuk buat kerja amal pada hari minggu. Oh yea. next post juga aku akan story tentang kerja amal di hospital. Awesome bebeh.

Value of life :

1. Jangan selalu merungut tentang kesusahan yang kita alami, sebab ramai lagi yang lebih susah.
2. Bersyukur, sebab kita masih lagi sempurna secara fizikal. Tapi, sedarlah bahawa tak semestinya hati kita cukup sempurna.
3. Bila kita menyenangkan kehidupan seseorang, InshaAllah, kehidupan kita juga akan senang.


Aminn.
InshaAllah, next entry akan banyak lagi cerita tentang my ortho-surgical clinical.

Waalaikumsalam XOXO.