Jurupulih Carakerja VS Fisioterapi


Lama tidak menaip. Last berblogging 2 tahun lepas ! OMG !!. Imma a busy lady. Gittuh.

Actually, entry ini khas untuk adik-adik lepasan SPM yang mendapat tawaran pengajian kursus Jurupulih Carakerja, Ramai yang tertanya-tanya, apa jurupulih ni. Rasanya, saya pernah share apa sebenarnya Jurupulih Carakerja di entry yang lepas. Kira berkurun juga. Tak silap 3 tahun lepas di entry INTRO OT . Tapi, mungkin perkongsian yang simple sukar untuk orang mengenali skop Jurupulih carakerja ni.


Apa itu Jurupulih Carakerja??

Jika saya kata saya dalam bidang ni pada kawan-kawan mahupun orang luar,pasti mereka akan buat muka pelik dan tertanya2 mengenai bidang ini.

Kalau dalam bahasa Inggeris, Jurupulih Carakerja dikenali sebagai Occupational Therapy. To be short is OT. 

Ramai yang konfius antara OT dan Physiotherapy.

"fisioterapi ker?
awak urut2 org tu eh?
nurse ker? "
macam Doktor eh?

kadang-kadang bila dah explain, tetap orang kata benda yg sama. So, jawab pun.

"aah"

Jurupulih Perubatan Carakerja atau Occupational Therapy ini adalah satu bidangyang memberi fokus kepada rawatan pemulihan ke atas individu yang mengalami kecacatan, sama ada kecacatan :

> anggota,
> gangguan mental
> berpenyakit
> uzur untuk menjalani kehidupan berdikari


Antara desripsi tugas pula:
  • menyedia dan mengendalikan program rawatan yang disesuaikan dengan keperluan pesakit bagi mempertingkatkan keupayaan pesakit dlam menjalankan aktiviti harian.
  • mengendalikan penilaian dan mencadangkan pengubahsuaian yg perlu ada kediaman , persekitaran dan tempat bekerja untuk membolehkan pesakit hidup berdikari.
  • memberi presktipsi dan latihan menggunakan alat-alat bantuan sementara / kekal berdasarkan keperluan pesakit.
  • memberi pendidikan , nasihat serta cara penjagaan yang berkesan dan selamat kepada pesakit , ahli keluarga dan penjaga.
Jadi apa beza antara OT dan Physio ? 
Perbezaan boleh dilihat melalui Objektif / Aim.

Physio bertujuan untuk mengembalikan fungsi tubuh badan setelah mengalami kecederaan.

OT pula untuk untuk mengembalikan fungsi tubuh badan yang berkaitan dalam semua aspek kehidupan.

Contoh yang lebih jelas :



Diagnosis: Stroke atau bahasa yang mudah difahami ... angin ahmar.

Stroke adalah satu keadaan dimana pesakit mengalami kelumpuhan otak yang menghilangkan fungsi anggota tangan dan kaki.

.........................................................................................................................................

1. Pesakit akan di refer ke fisio untuk mendapatkan rawatan pemulihan anggota. Di sini,
    tujuannya adalah untuk "reduce muscle tone" .

* reduce muscle tone
bermaksud mengurangkan ketegangan yang berlaku di otot otot besar
                                   pesakit.

2. Kemudian, pesakit ini akan dibawa ke OT untuk mengembalikan kefungsian anggota.

*kefungsian bermaksud setiap carakerja sepanjang kehidupan seseorang. Contohnya:
                     - Aktiviti harian : makan, mandi, ke tandas, hubungan seksual
                     - Aktiviti instrumental : memasak, basuh baju, membeli barang, memandu
                                                         kereta dll.
                     - Bermain
                     - Riadah
                     - Pekerjaan
                     - Sekolah
                     - aktiviti sosial. 


OT akan nampak sama seperti physio pada permulaan intervensi / rawatan.

Contohnya,

OT tetap membuat rawatan pemulihan anggota kepada pesakit dengan cara mengurangkkan tegangan otot kemudian rawatan akan diteruskan dengan bertujuan mengembalikan kefungsian otot kepada kehidupan harian.

Aplikasi contoh:

Tangan yang mengalami sroke sepatutnya befungsi / bekerja untuk :

> makan
> pegang pinggan
> menulis
> buka pintu
   dll.

Just think, how can this patient continue her daily activities with stroke condition? kannn.
Thats why, OT selalunya simpan pesakit agak lama berbanding Physio. Haha. 
..................................................................................................................................................


Well, thats OT's jobs!!. Orang tua tua kata, OT ni mcm busy body dengan kehidupan orang. Well said, we are actually too cared.

Apa pun, saya berpendapat OT dan physio memang hampir sama. Cuma masing masing ada targeted / objektif yang agak berbeza sedikit dalam proses pemulihan pesakit.

For me, i never take serious when patient keep confusing my roles. What i care is, patients' progression to a better and independent in daily life. 



So, untuk adik - adik yang dapat kos Jurupulih Carakerja.. Dun worry.. OT is interesting course !. I did happy when im working with this field.


Chillup guys !!
InsyaAllah, will share many stories / experienced as OT in clinical settings.

Salam Aidil Adha
Wassalam.


4 comments:

  1. salam sis
    bleh sy tau sng ke tak utk dpt kerja bidang ot

    ReplyDelete
  2. Yg blm tahu dan masih keliru antara ot (jurupulih cara kerja) dan fisioterapi.. Disini ada sedikit penjelasan. Kita
    Ambil contoh pesakit stroke yer.

    Fisioterapi akan melakukan penilaian dr segi julat pergerakan, muscle power, muscle tone dan aktiviti fungsian untuk me nilai kerepluan pesakit terhadap rawatan.
    Fisioterapi lebih kepada srnama penguatan otot, menegkalkan julat pergerakan bahagian stroke. Fisioterapi akan mengajar pesakit melakukan aktiviti fungsian seperti pusing kanan kiri, duduk, berdiri dan seterusnya berjalan bergantung kpd keadaan pesakit. Sekiranya pesakit belum boleh berjalan, fisioterapi akan mengajar pesakit/penjaga cara pindah dsn menggunakan kerusi roda. Andainya pesakit perlukan alat bantuan berjalan. Fisioterapi akan memberikan preskripsi alat yang sesuai.

    Jurupulih cara kerja pula akan mengajar pesakit aktiviti harian mandi, makan pakai baju/seluar. Atau membuat splint jika perlu.

    ReplyDelete
  3. Jurupulih Anggota sama dgn Fisioterapi atau Cara Kerja ye?

    ReplyDelete

> Blablaling here <